Powered By Blogger

Jumaat, 1 Oktober 2010

Facebook

Salam kepada semua .......

Sesungguhnya dunia hari tiada sempadan antara kita dengan dunia luar, apa yang terjadi saat ini di sini dengan mudah diketahui di sana pada saat ini juga, senario terbaru adalah arena  facebook .  Masyarakat tanpa mengira tahap usia tanpa mengira tahap kedudukan amat sinonom dengan facebook, anak-anak seawal usia 8 tahun pun tahu menggunapakai facebook apatah lagi golongan dewasa hingga ke usia pencen.

Tapi yang amat menyedihkan masyarakat seakan lupa akan adab diri dan selebihnya lupa akan agenda pihak tertentu yang ingin melihat kita musnah, hinggakan sanggup memaparkan keburukan diri mendedahkan kelemahan diri.  Teknologi baik hanya akan bermanafaat jika ia digunakan untuk kebaikan.

Untuk itu kawan-kawan berhati-hatilah dengan maklumat diri, jangan bangga dengan keaiban diri dengan mendedahkannya kepada orang lain, mungkin tanpa disedari kita telah membiarkan seluruh dunia tahu rahsia diri yang akhirnya kita juga yang akan mendapat malu.

Adalah mungkin lebih baik kita sering nasihat menasihati, ingat mengingati melalui facebook tetapi bukan menghina mencaci, mengutuk mengeji.

Fikir-fikirkan lah.

4 ulasan:

  1. Facebook!!!!!!!!!! pandai-pandailah kawan untuk menilai penggunaan kemudahan facebook. Tidak dinafikan kemajuan cyber sangat penting dan mustakah..tetapi ramai remaja dan dewasa muda menggunakan kemudahan ini untuk mengaibkan diri dalam masa yang sama mencari klien....Fikir- fikirkan la wahai kawanku.....

    BalasPadam
  2. Tidak dinafikan dunia cyber sangat penting untuk kemajuan diri dan dunia tetapi kini facebook dijadikan medan pendedahan keaiban tanpa rasa malu dan segan..wahai kawan berhati-hati la yeeee...jangan terlalu bersikap terbuka kerana bukan semua orang diluar sana sebaik anda....FIKIR FIKIRKAN la

    BalasPadam
  3. facebook bknlh fenomna bru, dah lama mnular..cuma kblkgn ni ia kian mrebk apabla rmai slah guna pakai..jd ia mnjd isu yag hbt dprdebtkan..so....JWPNNYA ADA DITANGAN ANDA..

    BalasPadam
  4. Kecanggihan tekbologi maklumat ini, hampir menjatuhkan kerajaan BN pada PRU12 yang lepas. Itu fakta yang benar-benar terjadi. Segala maklumat ada dihujung jari...pengundi tak perlu berpanas berhujan mendengar ceramah. Duduk depan PC buka internet...dan dia perolehi maklumat. PRU 13...?????

    BalasPadam